Faizal & Rahmas | 9 & 10 Mei 09 | Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi
Assalamualaikum,
Selesai lagi satu tugas fotografi. Kali ni melibatkan sepupu kepada isteri aku di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi. Cuaca yang panas dan suasana yang cantik memudahkan lagi perjalanna tugas aku dari awal hingga akhir. Cuma outdoor tidak dapat dilakukan kerana hujan lebat pada sebelah petangnya. Ape2 pun, lain2 berjalan lancar. Majlis dimulakan dengan akad nikah pada 9 Mei 09.
Dan pada 10 Mei pula berlangsungnya majlis persandingan. Pasangan pengantin telah memilih warna hijau muda bagi menghias majlis mereka. Agak penat juga melayan kerenah sanak saudara memandangkan kesemuanya mengenali aku. Walaubagaimanapun majlis tetap meriah dengan gelak tawa saudara2 dan sahabat2. Terima kasih pada pasangan pengantin dan semoga berkekalan ke akhir hayat. Berjumpa kita pada majlis bertandang nanti...