Majlis Perkahwinan Azril & Zakiah | Rengit, BP | 2 Mei 2009
Assalamualaikum,
Pengantin kali ini berada nun jauh di Taman Maju Jaya, Rengit, Batu Pahat... Terima kasih kepada pasangan pengantin kerana memberi aku peluang untuk sekali lagi bertapak di Rengit. Pasangan yang sama cantik dan padan ini mudah untuk berkomunikasi dan senang untuk berkawan. Majlis Pernikahan telah diadakan di Masjid pada 1 Mei 2009 jam 10 mlm...
Majlis persandingan pula dilakukan pada keesokkan harinya di Jalan Silat Cikalong, Taman Maju Jaya....Rona biru laut menjadi pilihan menaikkan lagi warna2 majlis persandingan. Gelak tawa para hadirin merancakkan lagi majlis.
Pada sebelah petangnya pula lokasi untuk penggambaran outdoor telah diambil dirumah nenek Zakiah dalam suasana kampung...walaupun agak lewat sesi kali ini habis tetapi aku merasa puas atas kerjasama yang diberikan oleh pasangan. Selamat Pengantin Baru
Lokasi Penggambaran Akad Nikah | Masjid
Bersanding | Taman Maju Jaya
ahaks....bagus bagus....walo rope den tak selawa erra fazirro.... biler dah edit tu aderlah percentage ke arah rope die...kwa kwa..... ....aper pun thanks for the cameraman..... keep up ur works....nnti ku canang phone# kat kekawan yg nak kawin...