NaserIbrahim | Wedding & Events Photography

By: naseribrahim l Johor Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 4-Jun-2008 04:31 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan Zapin Johor 2008 | Dewan MBJB

Terima kasih kepada bro hairulabubakar kerana sekali lagi sudi menjemput diri ini untuk bersama-sama didalam majlis yang gilang gemilang ni. Aku memang seorang peminat seni traditional dan hairul tak salah mengajak orang. Seronok malam tu sebab pertama kalinya aku dapat tengok pertandingan ni betul2 didepan pentas...sebabnya aku dapat tag media..dulu kalau tengok kat atas jer sebagai penonton....Walaupun letih sebab baru lepas cover majlis pengantin, tapi demi untuk belajar teknik2 fotografi aku gagahkan jugak. Memang ternyata berbaloi apabila bro hairul byk mengajar aku tentang media fotografi dan juga kawalan whitebalance.....thanks bro.....



Berkat tunjuk ajar bro hairulabubakar, akhirnya aku berjaya jugak meletakkan gambar aku di Reuters...satu pencapaian terbaik bagi aku.....

Link ke reuters
http://www.reuters.com/news/pictures/ywslideshow?buddyJS=slideshow20080605204153YW.js&title=You+Witness+Weekly+Showcase&size=31#a=26


Monday, 2-Jun-2008 23:58 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Zulhilmi & Dalina | 31hb Mei 2008

Tiada apa-apa yang hendak diperkatakan selain ucapan ribuan terima kasih kepada pasangan pengantin kerana memberi peluang kepada diri yang masih beginner ni untuk mengabadikan gambar mereka. Seronok bekerja dengan diorang ni kerana mereka penuh dgn senyuman...Pasangan beginilah yang kita mahukan sentiasa senyum dihari persandingan. Tanpa senyuman majlis kelihatan murung secara tak langsung gambar juga kurang menarik...Terima kasih kepada pasangan kerana selalu senyum...Byk memudahkan kerja aku...



Monday, 26-May-2008 23:58 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Hasli Syam & Wizana | 25 Mei 2008

Alhamdulillah, sekali lagi berjaya menyelesaikan tugas tanpa ada sebarang masalah. Bersyukur juga kepada pasangan pengantin yang lepas kerana mereka gembira dengan hasil yang telah aku buat. Pada minggu ini, pasangan Hasli Syam dan Wizana pula telah selamat diijab kabulkan dan disandingkan didalam satu majlis yang meriah. Terima kasih kepada sahabat2 jurugambar lain kerana sudi bersama2 untuk shooting kali ni. Tak lupa juga kepada pasangan pengantin dan keluarga kerana sudi memberikan tugas ini dan juga bekerjasama didalam menjayakan penggambaran kali ni.






Inilah jurugambar yang terlibat...terima kasih


Wednesday, 21-May-2008 00:23 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Fadli & Ros

Tahniah diucapkan pada sahabat lama ku ini kerana akhirnya mereka telah berjaya mengikat tali pertunangan pada tanggal 18hb Mei 2008. Terima kasih kerana menjemput aku dan tunangku untuk hadir bersama. Takda aper yang dapat aku beri selain kehadiran kami untuk memeriahkan majlis serta beberapa keping gambar yang aku ambil untuk diabadikan bersama korang....heheh. Saja jer menyebuk ambik gambar...korang tak suruh pun kan...heheh...ok aper2 pun selamat bertunang dan diharap tali pertunangan ni terus kekal ke jinjang pelamin.



Monday, 12-May-2008 02:17 Email | Share | | Bookmark
Kongres Permuafakatan Melayu | Persada Johor | 2-4 Mei 2008

Minggu lepas berkesempatan mengikut bro hairulabubakar untuk cover program tersebut. Terima kasih pada dia sebab sudi jemput aku dan dari situ juga aku boleh kenal dgn fotografer media. Seronok bila dapat jumpa dgn diorang. Macam2 pengalaman dikongsikan bersama. Rasanya kalau setakat baca buku pun belum tentu sama dgn perkongsian ilmu bersama diorang. Dan pertama kali ada orang sudi mengajar aku camner menggunakan defuser yang bentuk macma mangkuk magie tu.hehehe.Sekian



[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net