NaserIbrahim | Wedding & Events Photography

By: naseribrahim l Johor Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Aug-2008 02:36 Email | Share | | Bookmark
Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Tun Hussein On Malaysia



naseribrahim l 0197703066 l 074537175

Sebarang Pertanyaan sila hubungi:
Telefon Bimbit l 0197703066 | 074537175
Surat Elektronik l naser@uthm.edu.my


Sunday, 24-Aug-2008 05:22 Email | Share | | Bookmark
Tag With Akmaladanan

Seharian bersama bro akmaladanan memang tak puas...macam2 teknik fotografi aku belajar dari segi lighting, angle dan komunikasi....sememangnya aku tak salah orang untuk berguru...ditambah pula dgn bro Adib Sorrow, memang kedua2nya orang yang layak aku minta tunjuk ajar...terima kasih kepada korang berdua kerana sudi mengajar aku tentang teknik2 mengambil gambar yang betul....tak lupa pasangan pengantin yang sporting lagi mesra....memang seronok sangat. Korang jgn serik ajak aku lagi....aku memang terhutang budi kepada korang....



Kamera yang digunakan sepanjang pembelajaran ini adalah Nikon D40x + Tamron 17-50mm F2.8, speedlight SB600 + Lightspere cap ayam......Walaupun kedua2 guru aku ni pakai kamera canon...tapi dgn skill yang ada pada akmal yang menggunakan teknik trigger lighting, kalau dalam daam nikon CLS...secara tak langsung aku jugak belajar cara2 nak menggunakan teknik CLS gaya Canon....teknik sama cuma gadget yang berbeza....Sekian, terima kasih....



Pembelajaran aku disambung pula pada hari kedua iaitu pada majlis bertandang di rumah lelaki....pada hari kedua aku sedikit terlambat atas sebab2 urusan di pejabat...so tak banyak gambar yang diambil...walaubagaimana pun...kali ini aku dapat melihat sendiri bagaimana akmal mengawal keadaan untuk mengambil gambar didalam bilik pulak...memang pembelajaran ini amat berharga bagi aku...walaupun hanya seketika tetapi pengalaman tidak boleh dibeli...ilmu kita boleh cari tapi pengalaman hanya kita sendiri yang merasainya barulah kita tahu erti sebenarnya,,,cewah...ok aper2 pun thanks bro akmal...diharap lain kali kita dapat tag along sekali lagi....seronok bekerja bersama pro ni.


Monday, 18-Aug-2008 09:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Bertandang Faizul & Mimi | Ahad | 17 Ogos 2008

Bersyukur kehadrat ilahi atas rezeki yang telah beliau anugerahkan. Shoot minggu ini telah dilakukan di Felda Kledang Kota Tinggi, Johor. Pengantin perempuan merupakan rakan sepejabat aku yang telah memberikan kepercayaan kepada aku untuk mengabadikan gambar-gambar perkahwinan mereka berdua. Terima kasih kepada 2 sahabat fotografer yang sudi tag a long bersama aku. Banyak pengalaman yang aku dapat kali terutamanya apabila berhadapan dgn cuaca. Akhirnya alhamdulillah sesi shooting dapat dilaksanakan walaupun cuaca tak mengizinkan kami untuk lebih lama bergambar.



Apabila bergambar dilaut, banyak faktor yang perlu diambil kira bagi penjagaan kamera. Seperti yang semua tahu, air masin amat lah bahaya jika terkena pada besi kerana ianya akan mengakibatkan karat. Maka aku telah mengambil langkah berhati2 setelah pulang untuk mengelap segala peralatan kamera ku. Disamping itu juga cuaca yang tak mengizinkan juga memberikan aku kesukaran yang lebih besar. Sekali lagi terima kasih kepada pengantin kerana memberikan kerjasama yang baik kepada aku.



Editing kali ini aku cuba memberanikan diri untuk menggunakan teknik cinema...pada pandangan aku, teknik cinema byk memberikan kita kesan2 mood kepada gambar. Sekali gus ianya memberikan perasaan pasangan pada waktu tersebut. Walaupun aku masih baru, tetapi aku cuba juga untuk melakukannya...Diharap sebarang komen dan cadangan dapat aku terima dari sudut positif...sekian terima kasih...




Sunday, 3-Aug-2008 07:20 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Sahrul & Nuruladiah | Ahad | 2 Ogos 2008

Alhamdulillah, terima kasih kepada pasangan Sahrul & Nuruladiah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk merakamkan kenangan terindah bagi Majlis Akad Nikah dan Perkahwinan mereka yang berlangsung di Kampung Seri Bahrom. Majlis yang penuh dgn keceriaan dan dijalankan dgn sempurna sekali. Ucapan ribuan terima kasih kepada sahabat2 pengantin yang memeriahkan majlis disamping menghidupkan lagi majlis. Kepada pasangan pengantin, terima kasih kerana sanggup untuk menerima arahan dari saya untuk melakukan pelbagai aksi. Anda berdua memang sporting. Sekian sedikit bingkisan dari saya.







Jurugambar
Naseribrahim | Nikon D40X + Tamron 17-50mm (OP)
Farhan | Canon 350D + 18-55mm (TagAlong)

Lokasi
Kampung Seri Bahrom

nurul@sahrul wrote:
cyantek....we like it


--------------------------------------------------------------------------------
naseribrahim l 0197703066 l 074537175

Sebarang Pertanyaan sila hubungi kami:
Telefon Bimbit l 0197703066
Surat Elektronik l naser@uthm.edu.my


Wednesday, 30-Jul-2008 02:14 Email | Share | | Bookmark
Festival Flora Malaysia 2008

Alhamdulillah. Festival ini telah dijadikan salah satu platform perjumpaan bagi fotografer2 Johor. Disini kami semua berkumpul untuk mengenali satu sama lain disamping mendalami ilmu2 fotografi bersama mereka2 yang lebih berpengalaman. Sedikit maklumat tentang festival ini: Telah dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan.Zainal Abidin dan diiringi Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Festival ini telah berlangsung dihadapan Dataran Bandaraya Johor Bahru dengan jayanya. Pelbagai pertunjukkan termasuk kereta berhias, pancaragam, tarian dan lain lain lagi. Selain itu terdapat juga gerai2 yang menjual pelbagai produk kepada pengunjung yang hadir....Bagi kami kumpulan fotografer, ianya amat bermakna kerana pelbagai warna warni dapat dilihat disamping ilmu fotografer media dapat dipelajari. Ucapan terima kasih kepada Bro Hairul dan Bro Ajak kerana sudi berkongsi maklumat tentang festival ini...Sekian




[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net