NaserIbrahim | Wedding & Events Photography

By: naseribrahim l Johor Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 18-Mar-2009 03:15 Email | Share | | Bookmark
Persandingan Nadia & Fuad | 15 Mac 2009 | Larkin Jaya, JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin yang telah selamat diijab kabulkan pada 15 Mac 2009 yang lalu. Majlis yang penuh meriah ini, dipenuhi dgn juadah yang bermacam2 pasti membuatkan bukan sahaja hadirin yang datang malah kami juga kenyang hingga kemalam. . Majlis kali ini berjalan dgn lancar tetapi malangnya sesi fotografi bagi outdoor tidak dapat dilakukan atas sebab cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun sesi fotografi secara indor diperbayakkan bagi menggantikannya dan insyallah kita akan berjumpa lagi dimajlis bertandang pada minggu depan...sekian untuk tatapan umum....



Lokasi Penggambaran
Bersanding | Larkin Jaya

Jurugambar
naseribrahim | Jurugambar Rasmi
Nazrul | Tag Along

Andaman
Kak Nafisah Kota Tinggi


Saturday, 17-Jan-2009 16:26 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Azila & Shahidan | 17 Jan 2009

Tahniah kepada rakan sekolah kami yang telah melangsungkan perkahwinan pada 17 Jan 2009...Majlis yang berjalan lancar memudahkan lagi pengurusan kami untuk mengabadikan gambar2 yang menarik. Semoga pasangan pengantin gembira dengan khidmat yang telah diberikan...Ape2 pun, terima kasih kepada bro hairul kerana sudi menjemput aku untuk bersama2 shoot pada harini....So, enjoy the picture....



Lokasi Penggambaran
Bersanding | Taman Daya
Outdoor | Taman Setia Indah

Jurugambar
hairulabubakar | Jurugambar Rasmi
kqdin
naseribrahim


Tuesday, 18-Nov-2008 08:39 Email | Share | | Bookmark
Adi & Lina|Nikah, Berinai, Bersanding & Bertandang|14,15,16 Nov

Tahniah kepada pasangan pengantin yang sudi memberikan rezeki kepada saya untuk memberikan khidmat jurufoto bagi majlis perkahwinan pasangan ini. Buat pertama kalinya, saya mendapat julung2 kalinya tugasan yang melibatkan full package. Memang amat memenatkan tetapi disebabkan tanggungjawab dan kerjasama yang baik daripada pasangan pengantin dan keluarga pengantin, segala kerja berjalan dgn lancar. Bermula pada hari Jumaat iaitu majlis akad nikah dan berinai disusuli pada hari Sabtu iaitu majlis persandingan dan diakhiri dgn majlis bertandang pada hari Ahad. Pengalaman yang amat manis bagi aku yang baru setahun jagung berjinak2 dgn dunia fotografi ni....Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengantin, keluarga pengantin dan sahabat yang membantu dalam tugasan pada kali ini....Sekian, sedikit bingkisan dari saya dan akan dikemaskini dari masa kesemasa....





Lokasi Penggambaran
Bersanding + Outdoor | Kampung Parit Lapis Sempadan
Bertandang + Outdoor | Univeristi Tun Hussein Onn Malaysia

Tag Along
Azam | Nikon D40x
Thaha & Isteri | Nikon D40 & Olympus E420


Monday, 10-Nov-2008 04:24 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Aryanti & Hafeez | 8hb November 2008

Setelah lama berehat dari bulan puasa hinggalah ke bulan honeymoon, akhirnya aku mula kembali bekerja sebagai jurugambar pada bulan ini. Terima kasih kepada teman sepejabatku yang mempercayai aku untuk mengabadikan gambar majlis pertunangan beliau yang telah diadakan di kediaman beliau di Taman Soga. Majlis yang simple tetapi meriah dgn gelak tawa memberikan satu pengalaman baru buat aku. Tahniah buat pasangan. Semoga ikatan pertunangan yang dicipta akan membawa ke jinjang pelamin. Insyallah.....




Slideshow
http://www.flickr.com/photos/9978698@N02/sets/72157608800877482/show/


Monday, 6-Oct-2008 08:05 Email | Share | | Bookmark
Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Ku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Dengan rasa rendah dirinya, saya dengan ini ingin menjemput warga forum dan fotopages, untuk hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan pada 25 & 26 Oktober 2008 bertempat di Kota Tinggi dan Johor Bahru. Segala butir2 telah saya sertakan di dalam kad elektronik di atas ini. Semoga kehadiran sahabat2 semua dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan kami. Untuk maklumat tambahan, official fotografer bagi pihak perempuan akan di amanahkan kepada saudara Azmier dan bagi pihak lelaki pula kepada saudara Trisno. Bagi yang ingin hadir untuk makan dan juga mengambil gambar, sahabat2 semua dialu2kan....sekian


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net