NaserIbrahim | Wedding & Events Photography

By: naseribrahim l Johor Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 13-May-2009 00:59 Email | Share | | Bookmark
Bulan Hari Pekerja, Kerja Mesti Mau Kuat

Assalamualaikum,

Bulan ni bukan sahaja kerja di pejabat sahaja yang banyak malah kerja fotografi aku jugak menimbun2 untuk disiapkan. Walaubagaimanapun aku anggap ianya sebagai rezeki untuk anak yang bakal dilahirkan pada bulan 7 nanti. Tugas2 fotografi juga tak henti2 datang. Alhamdulillah rezeki Allah beri.



Insyallah tugas2 fotografi termasuk editing akan disiapkan secepat mungkin...Kepada pelanggan2, terima kasih atas kerjasama dan memahami situasi aku disini. Berikut adalah tugas2 yang sedang dilakukan

Editing Custom Album (update terkini 5/8/2009)
1. Adi & Ina - Dah Siap
2. Nadia & Fu'ad - Dah Siap
3. Khairunisa - Designing process
4. Nuar & Mas - Dah Siap
5. Azril & Zakiah - Dah Siap
6. Faizal & Rahmas - Designing proses
7. Naser & Arni - Siap semuanya
8. Liza & Sharul - Belum terima gambar dari jurugambar
9. Contoh custom album - In the making


Monday, 11-May-2009 07:43 Email | Share | | Bookmark
Faizal & Rahmas | 9 & 10 Mei 09 | Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi

Assalamualaikum,

Selesai lagi satu tugas fotografi. Kali ni melibatkan sepupu kepada isteri aku di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi. Cuaca yang panas dan suasana yang cantik memudahkan lagi perjalanna tugas aku dari awal hingga akhir. Cuma outdoor tidak dapat dilakukan kerana hujan lebat pada sebelah petangnya. Ape2 pun, lain2 berjalan lancar. Majlis dimulakan dengan akad nikah pada 9 Mei 09.



Dan pada 10 Mei pula berlangsungnya majlis persandingan. Pasangan pengantin telah memilih warna hijau muda bagi menghias majlis mereka. Agak penat juga melayan kerenah sanak saudara memandangkan kesemuanya mengenali aku. Walaubagaimanapun majlis tetap meriah dengan gelak tawa saudara2 dan sahabat2. Terima kasih pada pasangan pengantin dan semoga berkekalan ke akhir hayat. Berjumpa kita pada majlis bertandang nanti...



Thursday, 7-May-2009 09:40 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Azril & Zakiah | Rengit, BP | 2 Mei 2009

Assalamualaikum,

Pengantin kali ini berada nun jauh di Taman Maju Jaya, Rengit, Batu Pahat... Terima kasih kepada pasangan pengantin kerana memberi aku peluang untuk sekali lagi bertapak di Rengit. Pasangan yang sama cantik dan padan ini mudah untuk berkomunikasi dan senang untuk berkawan. Majlis Pernikahan telah diadakan di Masjid pada 1 Mei 2009 jam 10 mlm...



Majlis persandingan pula dilakukan pada keesokkan harinya di Jalan Silat Cikalong, Taman Maju Jaya....Rona biru laut menjadi pilihan menaikkan lagi warna2 majlis persandingan. Gelak tawa para hadirin merancakkan lagi majlis.



Pada sebelah petangnya pula lokasi untuk penggambaran outdoor telah diambil dirumah nenek Zakiah dalam suasana kampung...walaupun agak lewat sesi kali ini habis tetapi aku merasa puas atas kerjasama yang diberikan oleh pasangan. Selamat Pengantin Baru



Lokasi Penggambaran
Akad Nikah | Masjid
Bersanding | Taman Maju Jaya

Jurugambar
naseribrahim | Jurugambar Rasmi

Andaman
Kak Ita


Tuesday, 5-May-2009 09:42 Email | Share | | Bookmark
Custom Album Adi & Ina

Sememangnya aku rasa bersalah kepada customer aku yang ini....Minta maaf sangat2 sebab lambat menyiapkan Custom Album yang dijanjikan...Setelah melakukan beberapa perubahan akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan design2 untuk Custom Album kalian...Diharap kalian suka dan sekaligus dapat meningkatkan mutu design aku. Ape2 pun jari disusun sepuluh jari.....ini merupakan sebahagian dari gambar Custom Album tersebut....








Tuesday, 5-May-2009 09:23 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pertunangan Nuar & Mas | 19 April 2009

Bulan 4 dan 5 merupakan bulan yang amat stress bagi aku. Walaubagaimanapun kerja harus diteruskan walaupun letih dan stress...Belambak kerja Custom Album yang belum disiapkan...diharap pelanggan mengerti akan keperitan ku....Setelah sekian lama tak update fotopages, Nuar & Mas menjadi pilihan update aku pada kali ni yang telah berlangsung di Taman Pulai Emas, Johor Bahru...



Anuwar merupakan sahabat aku sewaktu bekerja di syarikat guaman di Johor Bahru dan beliau memberikan kepercayaan kepada aku untuk mengabadikan gambar mereka. Pasangan ini amat mudah untuk diambil gambar dan ianya memudahkan kerja aku untuk melaksanakan tugas aku dgn cepat. Diharap pasangan ini akan terus mengukuhkan tali pertunangan hingga ke jinjang pelamin. Kahwin jgn lupa jemput.



Lokasi Penggambaran
Pertunangan | Taman Pulai Emas
Outdoor | Rumah Contoh Bandar Pulai Jaya

Jurugambar
naseribrahim | Jurugambar Rasmi


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net