NaserIbrahim | Wedding & Events Photography

By: naseribrahim l Johor Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Monday, 10-Aug-2009 05:39 Email | Share | | Bookmark
Anuwar & Maslinda | 9 Ogos 2009 | Kampung Melayu Majidee

Assalamalualaikum,

Tahniah kepada pasangan pengantin Anuwar & Maslinda. Majlis yang penuh dgn warna merah mengingatkan aku kembali pada zaman waktu aku kahwin dulu. Pasangan sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian bewarna putih krim. Alhamdulillah segala berjalan lancar walaupun kamera aku agak problem dari segi whitebalance setting. Takper photoshop ada...kerja lebih sikit la...So aku bagi introduction entry dulu. Ada masa aku tambah lagi....Terima kasih kepada yang tag along Nazrul, Haziyah dan Kamal. Korang memang best bila buat team...Kamal terima kasih bagi pinjam lense yang mahal dan tolong jadi lighting man....hehe



Wednesday, 5-Aug-2009 00:59 Email | Share | | Bookmark
Bulan Yang Amat Sibuk:Pejabat, Editing & Rumah

Assalamualaikum,

Terasa betul masa cepat berlalu. Senyap2 dah bulan 8. Dan bulan 8 ni lah yang paling sibuk yang pernah aku rasa. Pejabat, sibuk dgn kerja2 yang menimbun setelah aku bercuti lama dan penyediaan statistik untuk menentukan hala tuju unit aku. Hahah..aku pun dah takda hala tuju pun...hehhe...Dirumah pulak, dengan kedatangan A'ina Sarah anak pertama aku dah tentu mencabar minda aku sebarang seorang bapa yang mithali...heheh...first baby dah tentu gelabah punya kan...Dan kerja2 editing yang tak siap2...maaf kepada pelanggan2 aku yang terpaksa menunggu lama...apa yang kau boleh katakan disini aku tetap menjalankan tanggungjawab ku walaupun tepaksa melakukannya pada jam 2-3 pagi...hehhe....takpa yang penting diorang happy bak kata Amy Mastura dalam lagunya...ok aku update sikit pada pasangan pengantin Fu'ad & Nadia dan Zakiah & Ros Azril....album korang dah siap. Cuma aku tak berkesempatan nak ambik kat kedai gambar....Di harap korang akan suka....Suprise...macam Eric Leong selalu buat kan....ok ni aku bagi tengok sikit la design untuk kedua2 pasangan....Sikit jer...nanti tak suprise lak...Thanks to my designer untuk tolong aku design kan salah satu dari album tu...credit to Naim....

Fu'ad & Nadia



Zakiah & Ros-Azril



Wednesday, 1-Jul-2009 14:04 Email | Share | | Bookmark
Selamat Datang Macbook Ke Dunia Naseribrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama mengidam akhirnya macbook yang diimpikan selama ini menjadi milikku. Walaupun bukan dibeli dgn menggunakan cash (pinjaman komputer kerajaan)...tetapi aku tetap berpuas hati dan diharap selepas ini karya2 seni aku akan lebih menarik dgn adanya sistem komputer terhebat ini. Alhamdulillah, walaupun sedikit lambat untuk mendapatkan kelulusan dari jabatan tetapi ianya berbaloi kerana sebaik sahaja cek dapat ditangan aku, harga macbook yang aku ingini turun disebabkan keluaran macbook pro yang baru. Walupun ianya boleh dikatakan not updated sebab yang baru ada PRO...tapi performance untuk macbook ni agak membanggakan....terima kasih kepada akmaladanan kerana berjaya meracun aku dan memang diriku ini telah teracun sebelum ko meracun aku........Sekian...




Wednesday, 20-May-2009 04:19 Email | Share | | Bookmark
Majlis Bertandang Faizal & Rahmas | Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram

Assalamualaikum,

Selasai akhirnya tugas2 fotografi bagi pasangan pengantin Faizal & Rahmas di majlis bertandang yang telah diadakan di kediaman pihak lelaki di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei 2009. Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan yang tidak henti2 dari team mak andam. Majlis yang simple tetapi tetap meriah dengan gelak tawa dari kumpulan kendarat. Thanks to all of the people to make the event more lively....Pasangan mengenakan warna merah (macam nak lawan majlis aku jer ) sekaligus menaikkan seri dan warna pada hari itu. Cuaca cerah membantu mencantikkan lagi kedaaan. Sekian



Tuesday, 19-May-2009 09:02 Email | Share | | Bookmark
My Wedding Picture | 24, 25 & 26 Oktober 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin ada yang bertanya mana gambar kahwin aku sedangkan majlis kahwin dah selamat selesai pada tahun lepas bulan 10. So atas permintaan sahabat2 yang ingin sangat tengok gambar aku, maka aku rangkumkan sekali semua majlis aku didalam satu page ni....aku tak lah hensem sangat untuk korang tengok...hahha Apa2 pun credit aku berikan kepada jurugambar aku iaitu Azmeir dan Shadie untuk majlis dirumah perempuan dan Trisno bagi majlis rumah lelaki. Bagi designer custom album pulak...credit untuk Fahmijailani untuk rumah perempuan dan Trisno bagi rumah lelaki....Kerja korang amat marvelous.... Enjoys



[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net