|
|
| Monday, 11-Jan-2010 13:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Danny & Azlina | Dewan Jubli Intan, Batu Pahat
|
|
Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk kemaskini fotopages aku pada kali ini....Pasangan yang sama cuma kali ini pada majlis bertandang....Majlis yuang cukup pantas pada aku tetapi penuh dengan pengisian yang menarik bagi mata jurugambar....Sekali lagi thanks to AkmalAdanan dan adiknya Ami Adanan kerana bagi aku menyebok dalam tugasan korang....Tak perlu cakap byk biar gambar berbicara....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Jan-2010 06:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azlina & Danny | Taman Flora, Batu Pahat
|
|
Assalamualaikum,
Tahniah kepada pasangan mempelai. Terima kasih juga kepada AkmalAdanan yang memberikan aku peluang untuk ikut bersama-sama dalam tugasan terbaru beliau. Banyak yang aku belajar dalam sesi kali ni terutamanya penggunaan Wide Angle Lens dan lighting....Kepada pasangan pengantin, your wedding is the best for both sided....Majlis yang indah, suasana yang ceria, makanan yang enak dan tentunya pengantin yang cantik dan kacak....Terima kasih kepada pengantin kerana memberikan kami semua yang terbaik....
Ok...gambar yang di kemaskini adalah dari majlis persandingan dirumah Azlina...tak byk yang aku ambik sebab aku lebih tumpukan kepada pembelajaran dengan Akmal...thanks Akmal...your the best Lecturer . Enjoy...kalau sempat aku update di majlis bertandang pula dan juga sesi outdoor yang sangat meriah....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Dec-2009 03:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Promosi Tahun 2010
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Selamat tahun baru Islam dan juga selamat tahun baru masihi iaitu 2010. Bagi menghargai pengunjung-pengunjung dan juga yang bakal ke jinjang pelamin. Saya dengan ini buat julung kalinya mengadakan promosi khas sempena tahun 2010.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sesuai dengan semua golongan. Harga tersebut adalah merangkumi bagi satu majlis. Sebagai contoh Majlis Akad Nikah & Sanding (1 majlis) manakala Majlis Bertandang (1 majlis). Jika anda perlukan tambahan majlis seperti Majlis Malam Berinai atau Khatam Quran, anda hanya tambah RM250 bagi setiap Majlis dan gambar akan dirangkumkan sekali di dalam satu album.
Jangan tunggu lagi kerana ianya khas untuk 10 orang pertama sahaja. Tempah segera. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya melalui telefon 019-7703066 dan email naser@uthm.edu.my.....
Bayangkan hari-hari indah anda diabadikan dalam satu album terindah.......
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Dec-2009 03:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Welcome To Sarawak
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama betul tak update gambar-gambar disini dan mungkin ada pengunjung pun dah bosan nak tengok web ni. Maaf pada pengunjung2 sebab kesibukkan kerja dan tiada masanya menyekat aktiviti aku didalam fotopages ni. Pada 2-5 Disember 2009 yang lepas aku telah berkesempatan untuk menjejakkan kaki di negeri Sarawak. Bukan atas urusan fotografi tetapi atas urusan kerja sebagai Pustakawan. Aku kena menghadirkan diri didalam bengkel yang telah diadakan di UNIMAS....Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tak banyak gambar yang diambil ketika disana disebab pergi atas urusan kerja. Gambar dibawah adalah gambar Perpustakaan UNIMAS dimana tempat aku menjalankan bengkel selama 3 hari....letihnya......
Masa untuk makan
Selepas habis bengkel biaselah....jalan2 la aku dibandar kucing bersama isteri tercinta...tetapi disini yang aku perasan masa bergerak begitu pantas sebab matahari cepat terbenam...jadi waktu solat pun cepat....berlari2 la aku selepas bengkel untuk membeli belah, makan dan jalan2....kedai2 kat sini semuanya jam 9 dah start tutup....nak buat camner, makan angin jer la.....Sewaktu disini kami tinggal di Hotel Grand Margaretha....Boleh tahan jugak hotel ni...berhadapan dengan sungai Sarawak kot....dan boleh nampak Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Nov-2009 03:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A'ina Sarah Binti Mohd Khairul Naser
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mesti ramai yang geram dengan aku dan marah dengan aku bila aku tak letakkan gambar anak aku di sini. Kebanyakkan tanya aku di facebook dan friendster. So buat julung2 kalinya aku paparkan gambar anak aku disini untuk tatapan umum. Heheh ucapan macam artis pulak...Nama diberi A'ina Sarah Binti Mohd Khairul Naser. Lahir pada 25hb Julai 2009 di Hospital Sultan Iskandar, Johor Bahru
|
|
|
|
|
|
| Monday, 10-Aug-2009 05:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anuwar & Maslinda | 9 Ogos 2009 | Kampung Melayu Majidee
|
|
Assalamalualaikum,
Tahniah kepada pasangan pengantin Anuwar & Maslinda. Majlis yang penuh dgn warna merah mengingatkan aku kembali pada zaman waktu aku kahwin dulu. Pasangan sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian bewarna putih krim. Alhamdulillah segala berjalan lancar walaupun kamera aku agak problem dari segi whitebalance setting. Takper photoshop ada...kerja lebih sikit la...So aku bagi introduction entry dulu. Ada masa aku tambah lagi....Terima kasih kepada yang tag along Nazrul, Haziyah dan Kamal. Korang memang best bila buat team...Kamal terima kasih bagi pinjam lense yang mahal dan tolong jadi lighting man....hehe
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Aug-2009 00:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bulan Yang Amat Sibuk:Pejabat, Editing & Rumah
|
|
Assalamualaikum,
Terasa betul masa cepat berlalu. Senyap2 dah bulan 8. Dan bulan 8 ni lah yang paling sibuk yang pernah aku rasa. Pejabat, sibuk dgn kerja2 yang menimbun setelah aku bercuti lama dan penyediaan statistik untuk menentukan hala tuju unit aku. Hahah..aku pun dah takda hala tuju pun...hehhe...Dirumah pulak, dengan kedatangan A'ina Sarah anak pertama aku dah tentu mencabar minda aku sebarang seorang bapa yang mithali...heheh...first baby dah tentu gelabah punya kan...Dan kerja2 editing yang tak siap2...maaf kepada pelanggan2 aku yang terpaksa menunggu lama...apa yang kau boleh katakan disini aku tetap menjalankan tanggungjawab ku walaupun tepaksa melakukannya pada jam 2-3 pagi...hehhe....takpa yang penting diorang happy bak kata Amy Mastura dalam lagunya...ok aku update sikit pada pasangan pengantin Fu'ad & Nadia dan Zakiah & Ros Azril....album korang dah siap. Cuma aku tak berkesempatan nak ambik kat kedai gambar....Di harap korang akan suka....Suprise...macam Eric Leong selalu buat kan....ok ni aku bagi tengok sikit la design untuk kedua2 pasangan....Sikit jer...nanti tak suprise lak...Thanks to my designer untuk tolong aku design kan salah satu dari album tu...credit to Naim....
Fu'ad & Nadia
Zakiah & Ros-Azril
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Jul-2009 14:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Datang Macbook Ke Dunia Naseribrahim
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah sekian lama mengidam akhirnya macbook yang diimpikan selama ini menjadi milikku. Walaupun bukan dibeli dgn menggunakan cash (pinjaman komputer kerajaan)...tetapi aku tetap berpuas hati dan diharap selepas ini karya2 seni aku akan lebih menarik dgn adanya sistem komputer terhebat ini. Alhamdulillah, walaupun sedikit lambat untuk mendapatkan kelulusan dari jabatan tetapi ianya berbaloi kerana sebaik sahaja cek dapat ditangan aku, harga macbook yang aku ingini turun disebabkan keluaran macbook pro yang baru. Walupun ianya boleh dikatakan not updated sebab yang baru ada PRO...tapi performance untuk macbook ni agak membanggakan....terima kasih kepada akmaladanan kerana berjaya meracun aku dan memang diriku ini telah teracun sebelum ko meracun aku... .....Sekian...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-May-2009 04:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Bertandang Faizal & Rahmas | Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram
|
|
Assalamualaikum,
Selasai akhirnya tugas2 fotografi bagi pasangan pengantin Faizal & Rahmas di majlis bertandang yang telah diadakan di kediaman pihak lelaki di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei 2009. Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan yang tidak henti2 dari team mak andam. Majlis yang simple tetapi tetap meriah dengan gelak tawa dari kumpulan kendarat. Thanks to all of the people to make the event more lively....Pasangan mengenakan warna merah (macam nak lawan majlis aku jer ) sekaligus menaikkan seri dan warna pada hari itu. Cuaca cerah membantu mencantikkan lagi kedaaan. Sekian
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-May-2009 09:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My Wedding Picture | 24, 25 & 26 Oktober 2008
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin ada yang bertanya mana gambar kahwin aku sedangkan majlis kahwin dah selamat selesai pada tahun lepas bulan 10. So atas permintaan sahabat2 yang ingin sangat tengok gambar aku, maka aku rangkumkan sekali semua majlis aku didalam satu page ni....aku tak lah hensem sangat untuk korang tengok...hahha Apa2 pun credit aku berikan kepada jurugambar aku iaitu Azmeir dan Shadie untuk majlis dirumah perempuan dan Trisno bagi majlis rumah lelaki. Bagi designer custom album pulak...credit untuk Fahmijailani untuk rumah perempuan dan Trisno bagi rumah lelaki....Kerja korang amat marvelous.... Enjoys
|
|
|
|